Saturday, December 24, 2011

penghargaan..hehe

sangat nice.. thanks a looot RAFIQA AWATIF
really appreciate it :)

Friday, December 23, 2011

my new year resolutions

okeh, this is not me :) Sya just suka-suki masuk segmen ni, nampak macam best..hee~ yelah nama pun dah nak masuk tahun 2012, mesti semua ada azam kan? mesti Sya pun ada, tapi tak banyak la kot sebab baru lepasan SPM je kot.. segment ni Sya ambil dekat  blog comel ini.. 

OKEY, INI ADALAH AZAM SYA, HOPE TERMAKBUL(amin)

  • stay disciplines!! (benda paling sukar nak buat dalam hidup ni!) almost semua benda berkaitan dengan disiplin kan, macam belajar and dieting..kan..kan..
  • nak banyak minum air. air mineral, lagi-lagi malaysia ni panas! Sya ni memang susah sikit nak minum air, selagi tak haus, tak minum.. so benda ni tak elok diamalkan :(
  • nak sambung belajar after dapat result SPM, (wajib!!)
  • nak belajar bercakap bahasa inggeris.. part ni yang scary, dah la tahap keyakinan pun ciput-ciput je, nak cakap english tu susah la sikit. so, azam ni kena buat betul-betul
  • watch less tv, internet coz benda-benda ni boleh merosakkan minda Sya, haishh, tapi susah sikitlah nak buat sebab banyak benda best dalam tv and internet
  • last but not least, diet,diet,diet!!! (azam yang mesti ditulis every year) 


Sunday, December 18, 2011

cant wait!!

Sya tak sabar nak pergi jamuan kelas petang ni :) dah rindu sangat dekat semua-semua orang,rasa macam dah lama sangat tak jumpa walaupun baru habis sekolah tak sampai sebulan..

omg..omg.. Sya dah ada tumblr!! Sya dah tanya soalan dekat eli oppa.. owh cant wait untuk eli reply. please reply :D owh, nervous sangat masa nak tanya and the reason for Sya buat tumblr sebab eli sahaja okeh.. haha..

Sunday, December 11, 2011

selamat malam :)

penat tapi mata tak mahu pejam! dahlah siang tadi Sya tolong ayah cat rumah sewa, penat la walaupun tak siap lagi.. esok sambung cat lagi :) then tak boleh tidur sebab fikir pasal jamuan kelas.. tarikh apa yang paliiing sesuai? sebab kalau tarikh ni, ada yang tak boleh datang, kalau tarikh lain pula, ada jugak orang yang tak boleh datang.. hurm, nak nangis dah ni, mesti ada je yang tak dapat datang.. cer cerita, macam mana nak selesaikan hal ni tapi apa-apa pun dah muktamad 18 disember okeh? no tukar-tukar.. tukang urus benda ni pun dah pening.. maaflah kalau tarikh ni menyebabkan ada yang tak dapat datang.. arghh, tapi Sya nak ramai yang datang, baru best T_T

yup, i dont know what should i do :(
apa-apa pun Sya sayang sangat dekat 5 KREATIF <3

Wednesday, December 7, 2011

tajuk? no idea

i think i need a job.. urghh. bosan duduk rumah ni.. hari-hari buat benda yang sama.. eh kejap, baru je berapa hari cuti.. kalau ada kerja, dapat duit, kalau ada duit boleh beli apa-apa je.. kalau boleh beli apa-apa je, mesti best hidup ni.. hurm, redha jelah.. nama pun takde lesen, ibarat hilang kaki, takleh berjalan.. susah nak pergi sana sini.. kadang-kadang jadi budak nakal pun best juga sebab diorang berani je nak buat apa-apa jer. berani je naik motor sana sini, nak harapkan Sya, bawa motor pun tak gheti. apa ni Sya!! boringlah jadi Sya ni!! kbye



yeay, suka kat SUPER JUNIOR balik <3

Monday, December 5, 2011

okey penat tapi best!!

tadi Sya pergi Jusco.. mula-mula tu cadang nak pergi festival Karangkraf hari ni pastu tup tup tau yang festival tu habis semalam then pergilah jalan-jalan kat Jusco.. Thanks dekat Cikgu Ida sebab sudi bawa kitorang.. best jalan-jalan tadi dengan Hidayah, Faizin, Hadirah and Izzati :) adalah juga sesi tangkap gambar before balik tadi. Hope Izzati cepat masukkan gambar dalam FB ye? tak sabar nak tengok and simpan buat kenangan. btw, kalau dah jalan-jalan kat Jusco mestilah tengok wayang! Cuba teka cerita apa yang Sya tengok.. mestilah Ombak Rindu.. haha, okeh, tak minat! minat lagi baca novelnya.. novel Ombak Rindu ialah novel pertama yang Sya baca time Sya 12 tahun(kecik-kecik dah baca novel :p) , mestilah best! tapi filemnya kurang la.. tak tau kenapa.. maybe Sya lebih suka tengok cerita action or komedi sebab tak mengantuk.. hee~ oklah bubye.. penat nih..

kesian mai tak dapat tengok :(

Sunday, December 4, 2011

terkejut

tadi Sya buka fb Sya then terbacalah comment yang agak menyentap, rasa nak menangis pun ada.. tapi biarlah dia, yelah, nama pun laman sosial, boleh tulis apa-apa pun even kadang-kadang orang lain terasa kan? biarlah, maybe dia comment dari pandangan dia.. hak dia.. okey la bubye

Saturday, December 3, 2011

ma life

baru tiga hari cuti dah rasa macam-macam benda Sya buat, tolong mama masak, siang ikan, bersihkan ayam, kemas bilik, update blog, baca novel, sidai kain but no to lipat kain ;p main facebook, main game kat facebook, tengok drama korea, naik basikal, apa  lagi eh? seriously, lepas ni tak tahu nak buat apa dah. kerja? my mom kata tak payah ;)) hurmm, tu je la update Sya untuk hari ni.. Sekian trimas (sedihnya hidup T_T)

Wednesday, November 30, 2011

finally!!

yeah.. its over!! but still pening pening kepala sekarang ni. tak tahu la kalau boleh buat ke tak soalan-soalan spm tu.. banyak persoalan sekarang ni macam 'betul ke jawapan yang Sya buat tu',' dapat ke markah kat part soalan tu' and camne nanti kalau result spm Sya teruk? erh, persoalan persoalan ni sangat memeningkan!! anyone? please help me kurangkan pening lalat ni.. tapi biarlah..semuanya dah berlaku.. cannot do anything anymoreee.. berserah je la kan? oklah tak mau cerita pasal spm spm ni.. today last day sekolah! sedih and sangat sedih.. mesti dah tak dapat jumpa kawan-kawan and cikgu-cikgu.. dah tak belajar dah.. macam tak percaya i'm already seventeen!! bila dah habis sekolah ni, start la fikir pasal memories masa kecik-kecik dulu.. start tadika, sekolah rendah, sekolah menengah and tak lama lagi universiti? hee~ amin.. start daripada esok Sya nak diet betul-betul.. no main-main dah macam sebelum ni.. Doakan Sya eh :)

okeh, Sya nak jadi orang yang happy sehappy happynya this holidays..
buat something yang menyeronokkan macam cat bilik ;) , kraf, tengok semua cerita korea sampai tak ingat dunia!!



going to miss all this awesome people.. takpe kita jumpa 7 dis nanti eh :D
BUBYE love

Saturday, November 19, 2011

anis arina

happy birthdayy budak pipi tembam :)) maybe anis baca ni lambat lagi coz of our SPM.. just want to wish you, happy birthday, i love you and happy-happy selalu.. also good luck for your spm eh.. do your best and kita sama-sama dapat straight AAAA :D

  • miss your smile (your killer smile)
  • may all your birthday wishes comes true
  • hope our friendship will long lasting 
  • saranghae~ 
  • <3


Friday, October 28, 2011

omg, i'm getting fat

seriously, berat badan Sya dah naik kot..hehe.. tak payah nak timbang-timbang nih, tengok part perut pun dah tau ;p and Sya tak risau sangat kot naik badan sebab Sya ada azam lepas exam SPM.. woot SPM lorh.. harap yang terbaik jelah for SPM nanti.. okeh, tak mau cerita pasal SPM, buat orang ada darah tinggi je fikir pasal tu.. increase my heartbeat tau ^3^ tak suka, tak suka.. After SPM, Sya ada azam actually, firstly- nak diet (macam boley je an). hopefully la kan ^_~  azam yang lain, nanti Sya bagitau..


 uh, tinggal beberapa hari je nih.. okey la, bubye.. nak buat homework yang tertangguh even cuti seminggu.. saya budak malas :( 



Saturday, October 8, 2011

comel

young saeng :) teddy bear secomel orangnya

hongki.. sukanyaaa!

sama comel dengan teddy bear tu ^_^

my yonghwa.. :))

nak jugak teddy bear besar ni T_T

nickhun comel dengan teddy comel..ngee~

i want this..i want this.. the biggest one.. nak hug boley encik teddy ?

Saturday, October 1, 2011

cry,cry and cry

semalam memang hari untuk Sya menangis, kat sekolah and kat rumah pun Sya menangis! seriously, semuanya sebab markah ADDITIONAL MATHEMATICS!! tak tahu la kenapa tapi markah add math sangat memberi kesan kat Sya.. kalau Chemistry Sya tak keluarkan air mata sangat sebab memang tahu peluang untuk Sya dapat B pun amatlah susah.. kalau dapat B pun dah bersyukur sangat-sangat.. dahlah, tak mahu cerita pasal Addmath lagi. erghh, tak boleh lupa sesaat pun markah tu, macam berlegar-legar kat kepala Sya ni.. hurm camne ni? ok, fine, Sya tak mau ingat banyak-banyak markah addmath ni, buat pening kepala je.. salah Sya juga kot sebab asyik tumpu kat paper 2 je, kurang study kat paper 1.. btw, Sya dah okey sikit hari ni..




at least ada berita happy untuk Sya, my ucu dah dapat baby baru, comel sangat!! baby boy, name; isaac zakry .. pipi sangat la tembam, rasa macam nak cubit je.. born; 29.09.11 comel je tarikh lahir dia.. Sya pula 29.01.94.. sama je 29 :D  yeayy, ada ahli kecil yang baru dalam family :)) sukeeee

comel tak? comel la <3

Thursday, September 29, 2011

happy nyerr~

seriously thanks korang yang ada dalam gambar and yang takde dalam gambar sebab sudi datang rumah Sya.. best sangat tadi.. biarlah raya dah habis tapi still happiii~
thanks sofea and cikgu azian coz masak sedap-sedap.. lain kali masak lagi eh :))
love, SYA

Saturday, September 24, 2011

yesterday

was quite fun tapi ada certain-certain part yang tak best.. benci sungguh! perlu ke? tak perlu kan! haishh.. rasa macam nak balik je time tu.. tapi takpe lah, at least beraya semalam best la juga.. nanti ahad ni pun raya  juga.. harap lebih best.. apa yang dah jadi tu biarlah.. Sya takde kuasa pun nak halang diorang pasal nak cerita-cerita pasal benda tu. lepas ni, tiada lagi kisah encik itu. okeh.  then malam tadi Sya sambut birthday mama, kat KFC sahaja.. Cikgu Azian pernah cakap kalau nak makan fast food, makan time celebrate birthday family member je.. HAPPY BIRTHDAY MAMA.. Sya selalu sayang mama.. sorry kalau selama ni Sya degil or nakal or sakitkan hati mama.. SORRY! i loveeee u so much..

Monday, September 19, 2011

bff and ever

mai, aida and sya <3

mai, ni gambarnya, mira punya sony ericcson tiada batery la, charger hilang.. hehe

Saturday, September 10, 2011

Super Junior 슈퍼주니어_Mr.Simple_MUSICVIDEO

mood raya?

ada ke? hurm, ada la juga.. hari ni tak boleh nak pergi jalan-jalan! Study first.. rumah mak long, mak ngah, pak itam pun Sya tak pergi lagi.. habis exam nanti Sya pergi eh :) hari ni, mama Sya nak pergi kenduri kahwin and kenduri kahwin and rumah mak long and rumah nenek kot and open house.. as a result, Sya tak dapat nak pergi.. next week exam agama and add math!! even kasut raya Sya pun tak sempat nak pakai lagi.. baik hari tu tak payah nak beli..


bubye kepada semua yang nak pergi jalan-jalan

Saturday, September 3, 2011

butterfly in stomach!

help me!! camne ni? trial nak dekat! tinggal beberapa hari je.. dah la minggu nie sempat belajar sikit sahaja.. rayala katakan.. mana sempat nak belajar.. lagi-lagi sejarah.. oh god help me!


Friday, August 19, 2011

cute

this entry, just pictures, no story mory :) hidup Sya boring.. hari-hari benda yang sama je.. takde naik turun macam graf.. fuhh :D mendatarrrr je..ehee
cute cupcake.. sukeeeeeeee


my dream wedding cake.. simple tapi comel 
haha.. berangan je lebih

comel jeh.. kotak-kotak nih 


love letter.. cute and edible

arghh, perut Sya lapar.. thats why semua gambar cake.. 

Saturday, August 13, 2011

sweet video

kami kembar?

ramai sangat yang cakap Sya dengan my best friend, Mai <3 macam kembar.. tapi pada pandangan kitorang, muka kitoramg tak sama sangat kot. Ada tu sampai  confuse.. kadang-kadang panggil Sya, Mai dan sebaliknya.. part mana yang sama pun tak tahu...hee~ semalam ada cikgu tanya lagi, " muka kamu ni macam sama la. Kembar eh? " haha, betik :) bukan kembar la cikgu, kawan baik je.. nama ayah pun lain-lain..

sama ke? macam tak pun.. hehe
kening pun dah lain.. ;)

p/s lagi beberapa puluh hari je nak trial and spm.. rasanya dah banyak sangat rama-rama dalam perut ni.. haishh

Friday, August 5, 2011

nak cerita-cerita

my worst day tahun ini- bila muka Sya kena minyak panas, hasil daripada kerajinan nak masak ayam.. tak pasal-pasal meninggalkan parut..huhu.. tapi takpe sebab lambat lagi nak kahwin.. hee~ faktor sebab ada parut; lepas kena minyak panas terus cuci muka dengan air.. thats why ada parut.. ada tiga pula tu.. masa first day kena tu confident, rasa macam kesan tu akan baik dalam satu hari je then sampai sekarang pun ada kesannya.. masa mula kena tu, memang takde keyakinan diri loh.. malu kot kalau orang pandang pastu sekarang dah okay sikit sebab dah lama dah so macam tak heran kalau orang tengok.. biarlah diorang.. asalkan tak tanya Sya apa kena dengan muka tu. apa-apa pun kalau kawan-kawan Sya tanya, Sya akan jawab then diorang cakap " ni mesti rajin masak " haha, kononnya.. padahal jarang-jarang.

antara hari yang best pula pasal kenangan senduk and chipsmore.. haha.. pastu pergi camping, best sangat.. banyak lagilah hari-hari yang best dalam tahun ni :D
                                             
 tak boleh lupa!!
                                           
 ni pun sama. haha gedikss plus plus


p/s, dah malas nak masak :( kalau masak pun tak mahu yang kena goreng-goreng.. nak yang tak berkaitan dengan minyak aka oil.. kalau goreng-gorengan, mama Sya akan buat :))

Sunday, July 31, 2011

my life

hurm, lama sudah tidak berbloging! rindu serindunya.. first, Sya nak cerita about hidup Sya masa pergi camping! penat sangat lorh tapi suka sebab ada dalam group Sya ada seorang budak form three ni.. hensem kot :)) haha.. terlebih sudah! aktiviti dekat tempat camping ada yang suka and ada yang Sya tak suka.. yang suka - rentas halangan( main dengan lumpur , best kot), memasak and orienteering.. tu je, then tahun ni tiada night walking and jalan dalam hutan tu.. apatah nama aktiviti tu.. tapi apa-apa pun last year lagi best kot walaupun strict daripada tahun ni.. btw, baju camp tahun ni cantik :) suka- purple :) nak cerita pula, my result yang baru-baru ni.. memang tak cantik ah walaupun takde yang gagal :( macam tak layak je duduk dalam kelas tu... hurm, rasa macam nak patah semangat je dekat-dekat SPM ni.. rasa macam tak boleh nak buat.. and rasa macam-macam lagi la!!

esok 1st august 2011, maybe puasa.. wah , tak sabar nak puasa. for sure memang tidak akan puasa penuh lorh :) biasalah perempuan.. tapi asalkan dapat rasa berpuasa hari pertama pun dah happy.. tahun ni raya biasa-biasa je kot sebab after raya ada trial exam..
        happy ramadan


p/s, suka this week, sampai kadang-kadang boleh senyum sorang-sorang..haha, gila :D

Friday, July 15, 2011

no tittle

tak jumpa la jawapan dia.. fening sudah :(


tapi most of them susah...

walaupun penat, kita kena senyum selalu :))


tiring week, tak sempat nak study, banyak sangat activities.. hurm cam mana ni? next week dah nak exam!
 help me please..  






Saturday, July 9, 2011

congrats

nak update cepat-cepat after Sya terbaca kat fb about farah breep-breep dah nak kahwin.. wah so seweet :) dah tengok farah punya kad jemputan, comel sangat,bentuk kad farah macam gula-gula lolipop / aiskrim..

cantik tak? cantik sangat kan..

comel sangat Farah Breep-Breep kita ni :D

p/s; tadi program motivasi tu not bad, best juga la 

Friday, July 8, 2011

suka suki

Today dekat sekolah tadi ada sesi ambil reportcard, mama Sya datang awal sangat :) then today, Sya dah habis another kitab a.k.a novel islamic. best sangat!! empat bintang untuk buku Denyutan Kasih Medik! tu sahaja untuk hari ini. Esok Sya ada sesi motivasi kat tempat tusyen. hopefully best. 

suka suki~
- berjalanlah dengan penuh harapan walaupun hidup ini tidak selalu bahagia
-sedekahlah sebuah senyuman walaupun hatimu tidak lagi mampu bertahan
-belajarlah memaafkan walaupun dirimu terluka
-berhentilah memberi alasan walau ingin menyatakan kebenaran
-hiduplah dalam iman walaupun hidup dipenuhi dugaan
-berpeganglah kepada Allah walaupun Dia tidak kelihatan

                                                                                    (petikan dari sebuah buku ^^)

hidup ini kenalah senyum selalu barulah comel macam baby ni :)