Firstly nak cerita pasal minggu orientasi dekat UITM SERI ISKANDAR. 2 jun, Sya daftar masuk, perasaan? tak tau, antara happy dan tidak. kenapalah Sya cepat sangat masuk U ni? kenapa Sya bukan lagi 17 tahun? Rindu time sekolah, time kerja, time ada kat Puncak Alam. Masa mama, ayah, adik tinggalkan Sya dekat UITM tu Sya control la takmau nangis-nangis. Kuatkan semangat la kononnya tapi hati separuh rela je tengok diorang pergi so Sya sematkan dalam hati, 'ala aku nak belajar dekat sini so belasah je la hidup dekat sini' hee~ and sekarang Sya still nak menyesuaikan diri nak hidup kat UITM ni. Homesick tu jangan cakap la memang ada walaupun tak tunjuk. okeyh-okeyh cerita pasal orientasi, masa nak daftar UITM ni guna cara pandu lalu, then nanti ada lah pelajar senior yang bertanggungjawab bagi kertas kecil tunjuk dekat mana nanti kita tinggal, i mean kolej, hee. Sya dapat Kolej Indera Mulia, Blok Melati 1 :D
Ni lah contoh kad kecil tu, nanti pandai-pandai la letak gambar kita yang comel-comel, then pakai sepanjang orientasi or MINGGU DESTINI SISWA. Kalau tak salah yang ni dipanggil kad pelajar sementara tapi kena jaga elok-elok la sepanjang orientasi tu.
Ouh by the way, abang-abang and kakak-kakak OC memang bestla. diorang sporting so Sya rasa minggu MDS ni macam pergi perkhemahan seminggu, tapi OC ni takde lah sporting sepanjang masa nanti student baru ni naik lemak pula, hehe.. ada juga time diorang marah-marah so terima je la. Paling rindu time diorang suruh kita jalan laju-laju and makan pun 4 minit sahaja, yang ni memang confirm tercekik, ahaks. Sya suka tengok OC kat sini sebab diorang macam bagi inspirasi nak jadi macam diorang. Perkara lain yang Sya suka is dewan diorang, Dewan Seri Iskandar (DSI) sebab, dalam tu ada aircond!siapa tak suka aircond? dahlah dekat luar panas sepanasnya, sekali masuk dalam DSI memang terbaik!! Besar pun besar, nampak canggihlah.
Haa, camnilah dalam DSI. Yang ni masa Malam Kebudayaan so bolehlah keluarkan handphone kalau tak memang tak boleh. DSI ni lah tempat Sya tidur, huhu. even dalam keadaan duduk pun boleh tidur! yelah dapat tidur 3 jam je. tapi control la sikit, dekat DSI dahla ada cctv, tak pasal-pasal gambar tidur kita terpancar kat skrin besar tu and alhamdulillah gambar Sya tidur takde, hehehe. Sebenarnya kat mana-mana pun rasa mengantuk kecuali time makan! time makan je mata segar bugar.
Ini saya!! Pagi-pagi masa orientasi, dalam pukul 5 pagi kot. comel tak? ngee~ perasan. tapi sekarang Sya dah gelap duduk kat Perak tu sampai my mom pun cakap. huhu. sedih tau! Disebabkan penyakit homesick tu Sya hari-hari massage my mom, anak mak :D
Nak tulis panjang-panjang malas le pula. So Sya ringkaskan. Kelas? okey, tapi minggu first baru belajar sikit je, kawan-kawan pun best! Roomate? diorang okey tapi tak sama course. luckily, kawan bilik sebelah sama course (CS111)-diploma statistik. Makan? Pun okay, takde la kebulur kat sini, murah je makanan nya. Nasi plus ayam plus sayur just RM3. gemuklah camni ;)
Ni kad pelajar saya!
okeylah dahtaktaunakceritaapa. so bubye ^^ Assalamualaikum



