Monday, May 28, 2012

18years and 3months and 29days

Tak lama lagi Sya bakal meninggalkan orang-orang yang tersayang dalam rumah ni :( sedih. Dalam 18 tahun, 3 bulan, 29 hari ni, Sya tak pernah meninggalkan rumah lebih daripada 2 minggu! apatah lagi berbulan-bulan. Boleh ke Sya hidup nanti? hee. okey, forget about it! hidup perlu di teruskan so Sya akan berjuang sampai keringat yang terakhir, haha. bunyi macam nak pergi berperang tapi just sambung belajar je :D tapi itu pun di kira berperang right? mesti nanti tidur lambat, banyak assigment, homesick. semua tu mesti adalah. Dalam hidup Sya selama 18 tahun ni Sya dah rasa macam-macam masalah tapi alhamdulillah takde la masalah yang boleh jadi gila. Biasalah masalah hati ni. kekadang kecil hati dengan orang ni kekadang kecil hati dengan orang tu. kekadang orang tu nampak macam boleh dipercayai tapi sebaliknya. kekadang susah nak terima nasihat orang lain. kekadang rasa tertipu. kekadang rasa macam penaaaaaat sangat. kekadang rasa tak dihargai tapi biarlah semua masalah tu sebab bila difikirkan balik maybe tu semua Sya pernah buat dekat orang lain and ni sekadar balasan sahaja. hurm betul ke? hee, betulah tu :D

one of my best friend dah terbang ke sarawak!! rindu sangat dekat NUR HIDAYAH! Dia ibarat kakak Sya walaupun Sya tua daripada dia. Dialah yang selalu jaga Sya kalau Sya kena kacau dengan orang lain. haha, rindu time sekolah dulu. selalu balik sekolah menengah jalan kaki dengan dia and pergi balik sekolah rendah naik basikal dengan dia. every year mesti dia bagi hadiah time birthday Sya walaupun kekadang lambat. heee~ walaupun kekadang Sya rasa Sya kecilkan hati dia tapi dia tak pernah tunjuk, haish rindu kot kat awak. <3

ni gambar Sya snap semalam! huh ignorekan kalau muka Sya nampak huduh! haha.
location: dalam kereta persona warna purple bersama ayah dan adek. my mom tiada, dia pergi melancong :)
sebab snap a lots of pics: bosan tahap tut tut tut. dalam perjalanan pulang dari kedah. lagi beberapa minit nak sampai rumah. another reason sebab dah makan, tidur about 1 jam tak tahu nak buat apa dah so jadi childish jap. nasib baik ayah tak tegur anak dia ni pelik ;) 

date: 23 Mei 2012
pergi date dengan budak dua orang kat atas tu :) dont jeles la. Sya ditinggalkan kesunyian di tempat penumpang kat belakang tu, yang diorang tu berbual dengan rancaknya dekat depan. Sya pun tak tau diorang cakap pasal apa. nak tidur malu la pulak sebab tak sopan la XD mati kutu la jawabnya. hehe
location: Politeknik Sabak Bernam, Kedai repair motosikal ah beng (sesedap je bagi nama), Bank Islam, tempat renew lesen (entah tak ingat nama tempat), Bank CIMB, KFC(seperti yang tertera dalam gambar diatas)
Btw, terima kasih lah kepada dua orang abang tu sebab sudi teman pergi ambil duit PTPTN tu.


GILRS DAY'S OUT!!
location: MidValley :D
Girlfriends: AIDA, PIKA, NIK, ATIN, TENTEN
serabut sikit collage yang Sya buat, ahaks :D
nak cerita kat sini yang ni first time Sya jejakkan kaki kat MidValley tu. haha, jakun la kejap. tapi aktiviti bersama girls memang terbaik! disebabkan sampai sana dalam pukul 11.30, kitorang makan dulu. makanan Sya ditaja oleh Aida! hee thanks budak comel. tengok wayang cerita Nongkrong tu. kelakar habisla cerita tu. ingatkan tak best tapi best dari ombak rindu. hahahaha. main bowling tapi time tu semua tak sembahyang lagi so separuh main bowling separuh pergi solat dulu. Tapi Nik pula kena balik awal :( part yang paling best, Sya manang main bowling walaupun baru first time main, hewhew (tak sangka ada bakat juga Sya ni) perasan!

makan makan makan
perjumpaan setelah bertahun tahun! 
location: McD Puncak Alam
guests: MIRA, DAYAH, IERA, AIDA, AISYAH, AMMERA, HABIBUL, ARVIN, DAUS, USOP, FARIS
memang antara memori yang terbaik. jom buat lagi! walaupun hanya 11 orang sahaja yang muncul tapi memang dah riuh juga la :D tapi dengan budak laki Sya kekok la sikit. haha, normal la tu ;D paling takkan dilupakan incident yang telah berlaku. lawak ada kesian pun ada. epic betul! paling best AISYAH bawa macaroons buatan sendiri, hurm sedap sedap Xd
 Gadis dan cats 7Eleven PUNCAK ALAM
location: dalam 7E dan diluar 7E
watak utama: KAK FUZA, KAK INA, MIRA, FATIN, MEOWMEOW, MOK
watak utama lain: KAK KIERA, KAK TIJAH (psst takde photo diorang :( )
tagline :kami keluarga 7E yang comel comel dan cun cun 
sinopsis: Sya jadi warga 7E since 31 januari 2012, dua hari after my birthday. Kak Tijah yang tunjuk ajar mula-mula. Kak Kiera pun sama. selepas beberapa hari kerja pagi Sya kerja malam dengan Kak Fuza. mula-mula memang takuuut sangat nasib baik Kak Fuza bijak memainkan sebagai senior yang berdedikasi :) Tak lama kemudian, Sya kerja malam dengan Kak Ina, muka dia garang, Sya pun dah cuak okey. lepas kenal dia rupanya dia gila-gila orangnya sampai sekarang berjangkit dengan Sya. haha. Mostly banyak kerja malan dengan Kak Ina :) rindunya! kalau kerja dengan kak Fuza pula Sya dah boleh tau mana lelaki hensem yang peramah. haha sebab tu yang boleh terjatuh hati kat abang berkaca mata yang Sya dah tahu namanya tu :DD Jarang dapat kerja malam dengan Fatin sebab dia ibarat senior Sya tapi senior sebulan je la sebab dia masuk sebulan awal. boleh dikira berapa hari je kerja malam dengan dia :) tapi best kerja malam dengan dia sebab boleh buka lagu korea sambil buat kerja kat backroom :) 
RINDU SESANGAT JAI GADIS 7E! Mok is my favourite kucing kat situ. degil tapi comel. kesian hari tu muka dia kena conteng :( meowmeow, kucing betina kesayangan Kak Fuza tapi sejak dia beranak dah ada orang ambil dia. kesian Mok, makwe dan anak-anak dia dah takde 

A Strong Friendship Doesnt Need Daily Conversation;
Doesnt Always Need Togetherness,
As Long As The Relationship Lives In The Heart,
True Friend Will Never Part <3
GIRLFRIENDS SELAMA-LAMANYA!!
p/s panjang sungguh enrty kali ni :)

Monday, May 7, 2012

happy?

okey guys, Sya ada berita happy. Happy ke? Happy la. ,mula-mula dapat tahu, Sya macam cuak sangat , boleh ke Sya buat ni? adoiyai, wisau wisau :(  Then, Sya sedar yang Sya patut bersyukur dapat course DIPLOMA STATISTIK dekat UITM tu, patut sangat bersyukur sebab dekat luar sana ramai lagi yang tak dapat, betul tak? okeyh nak cerita sikit masa mula-mula nak buat semakan tu, sebelum pukul 12.00 dah online facebook, tunggu jam menunjukkan pukul 12.00. tibalah pukul 12.00, tiba-tiba ada rasa rama-rama terbang dalam perut ni, try la buka laman web KPT, dah buka dah pastu tiba-tiba je line internet lambat macam kura-kura, heh. ok fine maybe ramai kot yang tengah cek. 5 minit kemudian, Sya dapat cek Sya punya.

ignore kalau nampak number ic tu ye, hee

ouh, Sya dapat! dalam hati tak tahu nak happy ke sedih, huhu.. ni memang pilihan pertama Sya tapi ada someone cakap yang course ni susah sangat! betul ke? pastu susah cari kerjaa?? haish tapi ada yang cakap couse ni memang bagus dan senang dapat kerja, insha-allah..
and lastly, Sya bersyukur juga. Just tengah tunggu pemberitahuan tempat je. doakan Sya dapat dekat Seri Iskandar, Perak takmahu Machang :) hewhew, jauh sangat
kbye :)

Wednesday, May 2, 2012

abang cermin mata


tau tak gambar apa kat atas ni? merepek kalau tak tau, tu la cemin mata :) okeyh sekarang bukan nak cerita jenis-jenis cermin mata dekat pasaran sekarang, ahaks, cuma nak cerita Sya dah tersuka dekat abang bercermin mata tu :) macam mana ni hati, kenapa tak kawal persaan tu? kenapa boleh tersuka dia? hmm ishh. Hati pun menjawab "macam mana nak kawal kalau muka dia comel plus hensem sangat? pastu boleh tersuka dia sebab dia suka senyum kalau masuk 7Eleven" :) hahahaha, cair kot, kalau serve dia pun hati berdebar-debar, haha, ecececeh. alamak telebih sudah. tapi happy kot bila dia jawab salam Sya pastu suruh Kak Fuza kirimkan salam balik kat Sya, uhh.. melayang pula rasanya macam bermimpi :) tapi agaknya dia tak kenal Sya kot :( alaaa, ni yang buat rindu nak kerja balik kat 7Eleven, lepas ni dah tak jumpa dia dah :(( huagh sedih sedih. dah la dia selalu datang 7E, boleh dikatakan hari hari kan abang uitm, cian dapat cuti 4 hari je hari tu:)) tapi takpe, lagi cepat habis cuti lagi Sya suka, ahaks
Sya rase Sya senang jatuh hati dekat orang yang berkaca mata.. lagi-lagi kat abang cermin mata tu :)
Kak Fuza~ boleh tanyakan nama dia?? huuuu, malu pulak :3 


okeyh dah la stop it Sya, dah masuk mood mengatal dah ni, 
okeylah abang cermin mata, Sya stop dulu, bubye..
kalau ada jodoh kita jumpa lagi, amboiii.. haha.. okeyh okeyh.. tak tulis dah..

Tuesday, May 1, 2012

selamat berehat

okey, Sya dah berhenti dari 7 eleven. sedih ada, gembira pun ada :) okeyh siapa yang tak sedih bila kena tinggalkan orang orang dekat 7E tu, semua baik sangat dengan Sya! oleh sebab 7E tak ramai pekerja, hubungan kitorang amatlah rapat. Rindu dekat Kak Mahfuzah, Kak Azlina, Kak Shakira (my manager), Kak Khatijah( Assistant Manager) dan tak lupa juga rindu dekat Fatin :) diorang ni sangat awesome tau!! sejak Sya kerja kat 7E, diorang lah yang banyak membantu Sya. jasa diorang takkan di lupakan , hewhew. Banyak pengalaman Sya kerja kat sana. okeyh mula-mula my mum risau sangat tengok anak perempuan dia ni macam tak kenal dunia luar, susah nak bercakap dengan orang tapi sejak kerja dekat 7E, Sya dah gain my keyakinan diri. Sya dah tahu perangai orang kat luar sana macam mana. ada yang sombong, ada yang peramah, ada jugak yang tak boleh di percayai, hurm. scary jugak sebenarnya. ehek :) terlalu banyak kenangan manis dan pahit sejak bekerja kat situ




YANG MANIS-MANIS BELAKA
  1. hubungan kekeluargaan dekat 7E amat rapat, macam tiada rahsia antara kita, kan kan :)
  2. kekadang, customer baik hati belanja makan, ahaks.. kadang-kadang dapat makan nasi pattaya, diorang belikan air, keropok bytes, sweet corn tu dan banyak lagi, haha
  3. sambut  birthday Kak Fuza and Kak Tijah sama-sama, makan cake dengan KFC, sedap~ 
  4. bila kerja shift sama-sama, diorang tak lokek nak kongsi makanan, haha
  5. part paling best bila Kak Ina pernah belanja Domino's Pizza, yumyum. lepas ni tak dapat dah
  6. tak lupa, ada jugak abang-abang uitm yang hensem datang 7E, hahaha, sorry gatal pulak ;)
  7. pastu ada gotong-royong tebas lalang kat belakang 7E, kak tijah belaanja Pizza Hut
  8. selalu gaduh-gaduh manja dengan kak Ina sebab dia suka kacau Sya, panggil nama Sya - Safi Rania Gold, rindunya kenangan tu ;')
  9. ada seorang vendor roti cakap nama Sya nama artis, haha
  10. ada juga mamat gatal nak panggil Sya sayang, hurm, tak boleh tak boleh, haremmm, haha
  11. banyak lagi lah sampai esok pun tak habis :)
okeyh banyak sangat sampai malas nak cerita, haha.
yang pahit-pahit tu biarlah rahsia


love u guyss!! and i'm going to miss you all :')
wahh, Sya sedih 




 

most important people :)